Cari:
Sidang Pleno ke-2 Jawatankuasa Pusat PKC Bakal Diadakan
2013-02-24 16:33:37 CRI Cetak

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis (PKC) China yang bermesyuarat semalam, memutuskan untuk mengadakan Sidang Pleno ke-2 Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC pada 26 hingga 28 Februari ini.

Draf penyusunan semula keinstitusian dan transformasi fungsi Dewan Negara dibincangkan dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping itu.

Mesyuarat berkenaan juga membincangkan senarai calon pemimpin institusi negara yang dicadangkan kepada sidang pertama Kongres Kebangsaan China (NPC) ke-12 serta senarai calon pemimpin Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) yang dicadangkan kepada sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-12.

Para peserta juga membincangkan laporan kerja kerajaan yang akan diserahkan oleh Dewan Negara kepada sidang NPC untuk dibahaskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China