Menurut maklumat Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) petang tadi, seramai 2987 orang wakil rakyat telah dipilih oleh 35 unit pemilihan bagi mewakili pelbagai provinsi, wilayah autonomi, bandar di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat, Hong Kong, Macau dan Tentera Penbebasan Rakyat China(PLA) berdasarkan peraturan dan undang-undang pemilihan.
Mesyuarat rutin Jawatankuasa Tetap NPC ke-11 telah diadakan petang semalam. Kelayakan wakil rakyat tersebut telah dibahaskan dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelayakan Wakil Rakyat Jawatankuasa Tetap NPC dan akan diumumkan selepas dikenal pasti oleh Jawatankuasa Tetap NPC.