Beberapa pasukan bola sepak Sepanyol termasuk Real Club Deportivo de La Coruna mungkin "lenyap" dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika Liga Bola Sepak Sepanyol tidak memperoleh keuntungan yang lebih banyak melalui siaran televisyen pertandingannya. Amaran itu dibuat oleh Naib Pengerusi liga tersebut, Javier Tebas baru-baru ini.
Bayaran untuk siaran langsung pertandingan bernilai Euro 670 juta setahun dianggap sukar dbiayai memandangkan ekonomi negara itu yang tetap lembap.
Hutang semua 20 pasukan bola sepak Liga Bola Sepak Sepanyol berjumlah Euro 3.5 bilion setakat ini.