
Pemilihan 2,987 orang anggota NPC ke-12 adalah sah berdasarkan undang-undang berkenaan dan peruntukan dalam Undang-Undang Pemilihan. Demikian diumumkan oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) petang semalam.
Kesemua anggota tersebut dipilih dari pelbagai provinsi, wilayah autonomi, bandar di bawah pentadbiran langsung kerajaan pusat, Hong Kong, Macau dan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA). Mereka diiktiraf dan mewakili seluruh rakyat China.








