Sidang Pleno Kedua Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) ke-18 berakhir dan mengeluarkan kenyataan rasmi sidang di Beijing malam ini.
Dalam sidang yang berlangsung selama tiga hari tersebut, para peserta telah membahaskan dan meluluskan senarai calon pemimpin jabatan kerajaan yang akan diperakukan kepada Sidang Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 dan senarai calon pemimpin Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) kepada sidang pertama CPPCC ke-12. Kedua-dua senarai tersebut masing-masing akan diserahkan kepada presidium sidang pertama NPC ke-12 dan presidium sidang pertama CPPCC ke-12.
Selain itu, sidang tersebut juga telah membahaskan dan meluluskan Rancangan Penstrukturanan Semula Kerajaan.