Cari:
Perubahan Nisbah Wakil NPC, Kemajuan Baharu
2013-02-28 15:32:41 CRI Cetak

Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 akan dirasmikan di Beijing pada 5 Mac nanti. Jawatankuasa Tetap NPC telah mengesahkan kelayakan kesemua 2,987 orang wakil yang akan menyertai sidang kali ini. Perwakilan sidang kali ini buat kali pertama dipilih menurut nisbah yang sama di bandar dan luar bandar. Selain itu, jumlah wakil dari peringkat akar umbi dan pekerja migran bertambah, manakala wakil pegawai Parti Komunis China (PKC) dan kerajaan berkurang.

Sejak undang-undang pemilihan pertama mula dikuatkuasakan pada tahun 1953 hingga tahun 1995, nisbah wakil NPC dari luar bandar dan bandar ialah 8:1. Menurut pindaan pada tahun 1995, nisbah tersebut diubah menjadi 4:1. Seiring dengan proses urbanisasi di negara ini, nisbah tersebut diubahsuai lagi menjadi 1:1.

Dekan Fakulti Ilmu Perundangan, Universiti Renmin, Han Dayuan berkata, pengubahsuaian nisbah wakil NPC itu memperlihatkan kemajuan dan pembangunan masyarakat China. Ia bermanfaat dalam menjadikan prinsip kesamaan dalam pemilihan lebih popular dalam kalangan masyarakat, mendorong integrasi antara bandar dengan luar bandar serta menggalakkan kaum tani melibatkan diri dalam urusan politik. Selain itu, langkah tersebut juga akan mempercepatkan transformasi masyarakat dan pembangunan sistem politik yang demokratik serta pembaharuan terhadap pendaftaran kewarganegaraan penduduk.

Mewujudkan nisbah 1:1 antara wakil dari bandar dengan luar bandar serta mewujudkan kesamaan antara penduduk, kawasan dan kaum menunjukkan prinsip asal pemilihan wakil NPC kali ini. Di China, tanpa menghiraukan jumlah penduduk, status perundangan bagi kawasan pentadbiran yang sama peringkat adalah sama. Kesemua kawasan pentadbiran mempunyai sekurang-kurangnya lapan orang wakil dalam sidang kali ini. Selain itu, Kongres kali ini tetap mempertahankan kesamaan semua etnik minoriti. Jumlah wakil etnik minoriti mencatat 409 orang dan menduduki kira-kira 14% dalam jumlah wakil sidang kali ini. Kesemua 55 etnik minoriti mempunyai perwakilan dalam sidang kali ini.

Sementara itu, jumlah wakil pekerja migran dan pekerja teknikal dan profesional masing-masing mencatat 401 orang dan 610 orang dan meningkat 5% dan 1%. Manakala, jumlah pegawai dari PKC dan kerajaan telah menurun kira-kira 7% dalam jumlah wakil. Selain itu, jumlah wakil kaum wanita pula mencatat 699 orang dan menduduki 23.4% dalam jumlah wakil NPC kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China