Cari:
Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC Tumpukan Kehidupan Rakyat
2013-03-01 15:21:38 CRI Cetak

Persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) akan diadakan pada bulan ini. Pelbagai lapisan masyarakat memberikan perhatian yang tinggi terhadap kedua-dua persidangan tersebut.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa telah melaksanakan pelbagai dasar untuk mengawal kenaikan harga rumah. Namun harga rumah yang tetap tinggi menjadi beban bagi penduduk di China. Wang Lin yang bekerja di sebuah bank di Beijing berharap harga rumah kembali ke paras yang normal bagi membolehkan orang ramai mampu membeli rumah sendiri. Beliau berkata,"Saya hendak membeli rumah yang berdekatan dengan pusat bandar dan mempunyai pengangkutan awam dan lalu lintas yang agak mudah. Tetapi harga rumah sekarang terlalu tinggi. Hakikatnya, dengan pendapatan yang sedia ada, saya masih tidak mampu membeli rumah."

Zheng Xia yang berusia lebih 50 tahun bekerja sebagai tukang sapu di Beijing. Baginya, membeli rumah merupakan satu impian yang sukar direalisasikan, maka perhatiannya tertumpu kepada harga barangan dan sewa rumah yang semakin tinggi. Beliau berkata,"Gaji saya hanya lebih seribu yuan sebulan. Harga barang dan sewa rumah di Beijing agak mahal. Saya perlu menanggung anak yang masih lagi bersekolah."

Encik Niu Fan yang bekerja di sebuah stesen TV di kota Tangshan baru-baru ini dikurniakan cahaya mata. Beliau lebih memberikan perhatian terhadap keselamatan makanan untuk bayi. Beliau berkata,"Keselamatan makanan untuk bayi amat penting. Saya membeli susu tepung import untuk anak saya, kerana saya berasa barangan import lebih selamat daripada produk keluaran tempatan. Tetapi saya yakin kerajaan akan menyelesaikan masalah tersebut."

Encik Fu Xing pula baru berpindah dari provinsi Hainan ke bandar Beijing. Pada pendapatnya, perbezaan kualiti udara antara kedua-dua tempat tersebut terlalu besar. Beliau berkata,"Udara di Hainan segar dan bersih, tetapi udara di Beijing agak kotor. Saya khuatir akan kesihatan saya pada masa depan. Saya berharap kerajaan bertindak untuk menyelesaikan masalah tersebut."

Manerziya bekerja sebagai guru di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Beliau berkata,"Saya memberikan perhatian khusus terhadap dasar keutamaan terhadap kawasan etnik minoriti dalam persidangan tahunan NPC dan CPPCC kali ini. Kami berharap kerajaan menambah peruntukan bagi meningkatkan taraf pendidikan di kawasan entik minoriti, baik dari segi kualiti pengajaran, suasana pembelajaran mahupun tenaga pengajar."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China