Sidang Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) Ke-12 dan Sidang Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC) Ke-12 masing-masing akan dirasmikan di Beijing pada 5 dan 3 Mac nanti. Wartawan yang telah berdaftar untuk membuat liputan terhadap kedua-dua sidang itu mencecah 3,000 orang. Ini termasuk 1,000 wartawan asing dan lebih 400 orang wartawan dari Hong Kong, Makau dan Taiwan.
Dalam pada itu, dasar ekonomi makro China dan pendekatan untuk menangani krisis hutang Eropah menarik perhatian wartawan pelbagai negara. Di samping itu, media asing juga memberikan tumpuan kepada isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan rakyat, terutamanya dalam bidang jaminan sosial, pembaharuan perubatan, pembaharuan sistem pendidikan dan isu perumahan.