Cari:
Sidang Pertama CPPCC ke-12 akan Adakan Sidang Media
2013-03-02 14:35:00 CRI Cetak

Sidang Pertama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-12 akan mengadakan sidang media di Beijing petang ini. Jurucakap bagi Sidang Pertama itu, Lyu Xinhua akan memaklumkan kerja persiapan sidang itu dan menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media.

Mesyuarat pengerusi ke-58 CPPCC ke-11 telah diadakan di Beijing semalam. Mesyuarat itu memilih Pengerusi CPPCC ke-11, Jia Qinglin membentangkan laporan kerja Jawatankuasa Tetap dan Naib Pengerusi CPPCC ke-11, Wan Gang membuat laporan kerja berhubung pengemukaan usul dalam Sidang Pertama CPPCC ke-12 nanti. Selain itu, mesyuarat itu melantik Lyu Xinhua bertugas sebagai jurucakap sidang tersebut.

Lyu Xinhua pernah menyandang jawatan Naib Menteri Luar dan pesuruhjaya Kementerian Luar ke Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China