Sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-12 akan dirasmikan di Dewan Besar Rakyat Beijing petang esok dan ditutup pada 12 Mac nanti. Demikian diumumkan oleh jurucakap sidang pertama CPPCC ke-12, Lyu Xinhua petang tadi.
Menurut Lyu, agenda utama sidang tersebut termasuk mendengar dan membahaskan Laporan Kerja Jawatankuasa Tetap CPPCC yang dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-11, Jia Qinglin, Laporan Kerja Berhubung Pengemukaan Usul yang dibuat oleh Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-11, Wan Gang. Selain itu, ahli CPPCC akan mengambil bahagian dalam Sidang Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China ke-12, mendengar dan membincangkan laporan kerja kerajaan, laporan kerja Mahkamah Tinggi Rakyat dan Jabatan Pendakwa Rakyat Tertinggi China serta penjelasan tentang Rancangan Penstrukturan Semula Kerajaan. Pengerusi, Naib Pengerusi, ketua setiausaha dan anggota Jawatankuasa Tetap CPPCC ke-12 akan dipilih dalam sidang itu.








