Pelbagai pihak mencapai pandangan yang sama berhubung pendaratan bulan kapal angkasa lepas membawa manusia, meskipun rancangan berkenaan masih belum dimulakan.
Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Jurutera Projek Penjelajahan Bulan merangkap ahli Kongres Rakyat Kebangsaan China, Hu Hao semalam.
Menurut beliau, "memasuki orbit bulan, mendarat di bulan dan kembali dari bulan" merupakan tiga langkah penting dalam projek berkenaan. Pelancaran satelit "Chang'e 3" yang berkaitan dengan langkah kedua sedang disiapkan dan bakal dilaksanakan dalam tempoh enam bulan kedua tahun ini.