Cari:
Kecederaan Kaki, Li Na Tarik Diri Lagi
2013-03-04 15:25:57 CRI Cetak

Setelah jatuh sebanyak dua kali dalam pertandingan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Australia, Li Na mengesahkan semalam bahawa beliau menarik diri daripada Kejohanan Tenis Wanita (WTA) di Indian Wells, Amerika Syarikat. Sebelum ini, beliau menarik diri daripada kejohanan di Doha, Dubai dan Hong Kong.

Menurut jurulatihnya, Li Na pemain veteran yang berusia lebih 30 tahun. Oleh itu, beliau memilih dengan teliti kejohanan yang disertai agar dapat memberikan persembahan terbaik dalam pertandingan yang penting. Menurut jurcakap pasukannya, Li Na akan memilih Miami sebagai tapak pertandingan pertama selepas Kejohanan Tenis Terbuka Australia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China