Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 diadakan di Dewan Besar Rakyat pada pukul 11.00 pagi tadi. Jurucakap baharu NPC, Fu ying memaklumkan agenda dan kerja-kerja yang berkenaan berkaitan sidang kali ini. Selain itu, beliau menjawab soalan wartawan tentang struktur NPC, dasar luar, antirasuah serta pengurusan hutang kerajaan tempatan.
Kira-kira tiga ribu orang anggota NPC yang akan menghadiri sidang yang akan dirasmikan esok telah tiba di Beijing. Semua kerja berkaitan telah disiapkan.