Cari:
Tumpuan Masyarakat Antarabangsa terhadap Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC
2013-03-04 15:37:02 CRI Cetak

Persidangan Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) telah dirasmikan di Beijing semalam. Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) Ke-12 pula akan dirasmikan esok. Persidangan tahunan NPC kali ini menarik tumpuan rakyat China, malah masyarakat antarabangsa kerana persidangan itu akan memilih pucuk pimpinan baharu negara ini.

"The Daily Telegraph" Britain berpendapat, ucapan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping berhubung "sikap yang sanggup menerima kritikan keras" telah menjadi penggalak kepada golongan yang ingin meneraju pembaharuan. Apakah pengaruh gaya pentadbiran pucuk pimpinan baharu terhadap politik, sosioekonomi dan diplomasi China? Bagaimana pucuk pimpinan baharu menangani kesukaran dan menggalakkan pembaharuan? Bagaimana menyelesaikan pelbagai masalah yang berkait rapat dengan kepentingan rakyat? Soalan-soalan ini telah menarik tumpuan masyarakat domestik bahkan antarabangsa.

Kali ini, NPC dan CPPCC akan membahaskan "draf pelan pembaharuan institusi dan perubahan fungsi Dewan Negara", suatu langkah penting yang bakal mentransformasikan sistem politik China.

Dalam tempoh setahun yang lalu, ekonomi China melantun kembali. Jumlah ekonomi China melebihi 50 trilion yuan buat kali pertama sejak krisis kewangan melanda dunia. Kadar pertumbuhan China mencecah 7.8%, dan ini memperkukuh kedudukan China sebagai enjin yang menjana pemulihan ekonomi global. Masyarakat antarabangsa menantikan penyusunan ekonomi kerajaan baharu China membawa "tenaga positif" kepada ekonomi dunia. Oleh itu, media Rusia amat menantikan usaha kerajaan China dalam memperluas permintaan domestik.

Internet telah menjadi wadah penting dalam usaha membanteras rasuah pada tahun lalu. Bagaimana membentuk mekanisme antirasuah jangka panjang dan meningkatkan kawalan terhadap kuasa juga akan dibahaskan dalam persidangan tahunan NPC dan CPPCC kali ini.

Selain itu, cuaca jerebu yang melanda kawasan seluas 140 km persegi di China dan pelbagai isu alam sekitar yang lain telah menarik tumpuan "Los Angeles Times" AS kepada kawalan alam sekitar yang lebih ketat di China.

Rancangan pembaharuan agihan pendapatan yang telah dibahaskan selama 8 tahun bakal diperkenalkan pada tahun ini. "Wall Street Journal" AS pula menilai pembaharuan cukai China sebagai "pukulan" terhadap jurang pendapatan yang semakin besar di China.

Media antarabangsa juga memberi tumpuan kepada sasaran "empat pemodenan baharu" yang ditetapkan dalam laporan Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China dan berpendapat ini akan menjadi penjana yang penting bagi pertumbuhan ekonomi China pada masa depan.

Kini, situasi di kawasan sekitar China semakin rumit. Pucuk pimpinan baharu PKC telah menegaskan akan mengekalkan strategi pembangunan damai China dan memelihara kepentingan asas. Ted Carpenter, seorang Felow Penyelidik Kanan di Institut Cato, AS berpendapat, dunia patut penuh keyakinan bahawa China merupakan sebuah negara besar yang bertanggungjawab dan proaktif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China