
Dasar luar China patut diperakui telah memainkan peranan yang penting bagi kejayaan negara Asia. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Persidangan ke-1 Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12 China (NPC), Fu Ying ketika menyentuh tentang belanjawan pertahanan China dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, China mengekalkan dasar pertahanan untuk keamanan dan pengawalan. China meningkatkan kekuatan pertahanan untuk membela keamanan sendiri, dan bukanlah sebagai ancaman kepada negara lain.
Beliau berkata, ketegangan, pergolakan dan konflik, khususnya peperangan berlaku di banyak negara. Negara-negara Asia kekal aman kerana pelbagai negara berusaha membangunkan negara mereka sendiri. Pertumbuhan ekonomi banyak negara di Asia ekoran persekitaran serantau yang aman.








