Jurucakap Persidangan ke-1 Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12 China (NPC), Fu Ying dalam sidang media di Beijing hari ini berkata, China berharap perselisihan dan pertikaian China-Jepun tentang Pulau Diaoyu diselesaikan melalui rundingan.
Fu Ying berkata, memandangkan Jepun yang telah membelakangi persefahaman yang tercapai, iaitu secara sepihak memiliknegarakan pulau Diaoyu, China tiada alasan lagi untuk mengekang diri.
Fu Ying berkata, China amat berharap pelbagai lapisan masyarakat Jepun dapat mendengar suara rakyat China, agar kemungkinan berdialog ditingkatkan bagi menangani perselisihan antara kedua-dua negara.








