Cari:
Media ASEAN Fokuskan Sidang Tahunan CPPCC dan NPC
2013-03-05 12:50:52 CRI Cetak

Sempena perasmian Persidangan Pertama Jawatankuasa Kebangsaan Ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dan Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12, pakar dan sarjana, media serta pegawai dari ASEAN telah memberikan fokus terhadap kedua-dua persidangan tahunan tersebut. Menurut mereka, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kekuatan negara China kian meningkat manakala status dan pengaruhnya di arena antarabangsa bertambah baik. Malah, China memainkan peranan sebagai negara besar yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal antarabangsa. Sidang tahunan NPC dan CPPCC bermakna penting bagi pembangunan China pada masa depan.

Mantan Presiden Agensi Berita ANTARA Indonesia cawangan Beijing, Ahmad Wijaya berpendapat, dalam menghadapi kemerosotan ekonomi global, ekonomi China terus mengekalkan pertumbuhan yang pesat dan mapan. Ekonomi China yang penuh berdinamik menjadi penggalak kepada pertumbuhan ekonomi serantau bahkan dunia. Di samping itu, peranan China dalam pentadbiran ekonomi global semakin penting, dan kesanggupannya berkongsi hasil kejayaan pembangunannya dengan dunia memperlihatkan sikap bertanggungjawab yang patut dihargai.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Awam Sekretariat ASEAN, Li Jianxiong menyatakan bahawa China mengambil tindakan yang berkesan untuk mengekalkan pembangunan ekonomi domestik yang stabil dan agak pesat ketika menghadapi krisis kewangan antarabangsa. Ini telah memainkan peranan positif di dalam negara China bahkan di rantau ini. Kini, berita tentang trend ekonomi China selalu menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. Perbincangan yang hangat terhadap Indeks Belian Pengurus (PMI) telah mencerminkan pengaruh China yang semakin besar di rantau ini. Ekonomi China telah menjadi penunjuk ekonomi bagi Asia-Pasifik.

Laman web "Lianhe Zaobao" Singapura semalam menerbitkan rencana yang memfokuskan pucuk pimpinan baharu China dan pembaharuan jabatan kerajaan. Menurut rencana tersebut, seluruh dunia menanti-nantikan dasar pucuk pimpinan baharu China yang bermanfaat bagi pemulihan ekonomi China dan kestabilan serantau bahkan antarabangsa. Selain itu, sempena peralihan sosioekonomi China, masyarakat antarabangsa juga amat menumpukan perhatian terhadap keputusan dan pengaruhnya peralihan pucuk pimpinan China dan pembaharuan institusi kerajaan terhadap pentadbiran China pada 10 tahun akan datang.

Profesor dari Akademi Sains Politik, Universiti Perundangan dan Politik Thailand menyifatkan sidang tahunan NPC dan CPPCC kali ini sebagai "mata angin" bagi dasar China pada masa depan. Naib Presiden yang juga Ketua Pengarang "Harian Asia" Thailand pula berkata, "impian China" telah memperlihatkan konsep pentadbiran pucuk pimpinan baharu China. China akan mengalami era pembangunan yang baharu, sekali gus menyediakan peluang baharu bagi pembangunan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China