(Zhang Dejiang dalam perbincangan dengan anggota CPPCC)
Pemimpin Parti Komunis China (PKC) dan pemimpin negara termasuk Xi Jinping, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan dan Wang Qishan semalam menemui anggota parti yang menghadiri sidang pertama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) ke-12 dan menyertai perbincangan mereka.
(Yu Zhengsheng dalam perbincangan dengan anggota CPPCC)
Ketika menyertai perbincangan kumpulan sains dan teknologi, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC merangkap Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC, Xi Jinping berkata, China perlu meningkatkan keyakinan terhadap inovasi dan pembaharuan terhadap sistem sains dan teknologi serta membangunkan China daripada negara kuasa besar ekonomi kepada negara yang kukuh ekonominya.
(Liu Yunshan dalam perbincangan dengan anggota CPPCC)
(Wang Qishan dalam perbincangan dengan anggota CPPCC)
Anggota Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC merangkap Naib Perdana Menteri Dewan Negara, Li Keqiang ketika menyertai perbincangan kumpulan ekonomi dan pertanian berkata, China menghadapi pelbagai cabaran pada tahun ini. Oleh itu, kerajaan perlu meningkatkan keperluan dalam negeri, menjamin pertumbuhan ekonomi, menstabilkan harga barangan dan meningkatkan daya kreativiti serta daya saing.
(Zhang Gaoli dalam perbincangan dengan anggota CPPCC)