China sepatutnya mengamalkan dasar fiskal yang positif dan dasar monetari yang relatif sederhana. Demikian dinyatakan anggota Majlis Mesyuarat Rakyat Kebangsaan China (CPPCC) merangkap Dekan Kehormat Institut Kebangsaan Pembangunan, Universiti Peking, JustinYifu Lin dalam sidang media CPPCC hari ini.
Menurutnya, peluang pelaburan yang baik akan muncul di China pada beberapa tahun akan datang kerana usaha menaik taraf perindustrian, mendorong urbanisasi dan menangani pencemaran persekitaran, walaupun situasi ekonomi global biasa sahaja.
Lin berpendapat, nilai mata wang RMB akan terus meningkat dan China berpotensi mengekalkan kadar pertumbuhan sekitar 8% bagi 20 tahun akan datang.








