(Xi Jinping dalam pembahasan dengan ahli dari provinsi Liaoning)
Pemimpin Parti Komunis China (PKC) dan pemimpin negara termasuk Xi Jinping, Wen Jiabao, Li Keqiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan, Wang Qishan dan Zhang Gaoli masing-masing menghadiri perbincangan secara berkumpulan sempena persidangan pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) ke-12 pagi semalam.
(Li Keqiang dalam pembahasan dengan ahli dari provinsi Hunan)
(Wen Jiabao dalam pembahasan dengan ahli dari provinsi Sichuan)
Ketika menghadiri perbincangan kumpulan provinsi Liaoning, Setiausaha Agung PKC merangkap Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC, Xi Jinping berkata, pihak berkuasa perlu mengembangkan ekonomi di bahagian timur laut yang sejak sekian lama berperanan sebagai pangkalan industri serta berusaha menjamin dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
(Wang Qishan dalam pembahasan dengan ahli dari bandar Beijing)
Perdana Menteri, Wen Jiabao ketika menghadiri perbincangan kumpulan provinsi Sichuan berkata, selepas menyandang jawatan PM selama 10 tahun, beliau ingin merakamkan ribuan terima kasih serta menyatakan penghormatan kepada rakyat, dan mengharapkan tanah air semakin kuat dan hidup rakyat semakin bahagia.
(Liu Yunshan dalam pembahasan dengan ahli dari Wilayah Autonomi Monglia Dalam)
Naib Perdana Menteri, Li Keqiang berkata, perlindungan alam sekitar perlu diberi perhatian yang tinggi dalam perkembangan ekonomi. Pihak berkuasa perlu berusaha untuk menjaga kehidupan rakyat dan membantu golongan miskin.
(Zhang Gaoli dalam pembahasan dengan ahli dari bandar Tianjin)