Cari:
Pemimpin Negara Hadiri Perbincangan NPC dan CPPCC
2013-03-08 11:13:27 CRI Cetak

Pemimpin negara, Li Keqiang, Zhang Dejiang, Yu Zhengsheng, Liu Yunshan dan Zhang Gaoli masing-masing menghadiri perbincangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 semalam.

Ketika menghadiri perbincangan dengan perwakilan dari provinsi Guizhou, Naib Perdana Menteri, Li Keqiang berkata, situasi pembangunan seluruh negara akan berubah besar apabila pembangunan kawasan barat direalisasikan pada suatu masa nanti.

Naib Perdana Menteri, Zhang Dejiang menghadiri perbincangan dengan delegasi Hong Kong dan Makau. Beliau berharap kerajaan kedua-dua wilayah tersebut terus mendorong amalan "satu negara, dua sistem" yang dilihat sebagai satu praktis yang berjaya.

Pengacara persidangan pertama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat (CPPCC) ke-12, Yu Zhengsheng ketika melibatkan diri dalam perbincangan dengan delegasi Taiwan menegaskan, usaha memperkukuh hubungan antara Tanah Besar dengan Taiwan dan pembangunan secara damai perlu diberi keutamaan.

Pada hari yang sama, anggota Biro Politik, Liu Yunshan dan Zhang Gaoli masing-masing menghadiri perbincangan anjuran delegasi Fujian dan Chongqing.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China