Cari:
Cadangan dan Usul Wakil NPC Meningkatkan Perlindungan Hak Wanita di China
2013-03-08 14:01:14 CRI Cetak

Antara wakil-wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-12 kali ini terdapat 699 orang wakil wanita, menduduki 23.4% dalam jumlah wakil. Angka ini meningkat 2% berbanding NPC ke-11. Menjelang Hari Wanita Antarabangsa pada hari ini, laporan dari wakil NPC yang juga profesor dari Universiti Wanita China, Sun Xiaomei telah menarik tumpuan masyarakat.

Berdasarkan kaji selidik dan analisis beliau selama setengah tahun, dalam tempoh perkhidmatan NPC ke-11, iaitu bermula tahun 2008 hingga tahun 2012, perwakilan NPC telah mengemukakan 25 buah usul dan 381 buah cadangan tentang isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan wanita. Peratusannya berbanding kesemua usul dan cadangan juga meningkat dari 0.46% kepada 1.44%.

Usul dan cadangan tersebut melibatkan pengubahsuaian undang-undang perkahwinan dan perlindungan hak dan kepentingan wanita, penggubalan undang-undang antikeganasan rumah tangga dan pendidikan keluarga, menyeru penetapan hari ibu serta menambah jumlah mangkuk tandas dalam tandas awam untuk wanita supaya nisbahnya lebih munasabah.

Antaranya, cadangan untuk menunda umur bersara wanita dan menyempurnakan jaminan sosial terhadap wanita yang bersara adalah paling banyak. Dalam lima tahun yang lalu, cadangan mengenai persaraan wanita mencatat 90 buah. Selain itu, kesihatan wanita di kawasan luar bandar, penyertaan wanita dalam urusan politik dan beberapa topik lain juga menjadi tumpuan perwakilan NPC.

Berdasarkan kaji selidik Profesor Sun Xiaomei, kebanyakan usul dan cadangan tersebut telah diberi jawapan oleh jabatan berkenaan. Malah, sebahagian daripadanya telah pun dilaksanakan manakala selebihnya sedang dalam pertimbangan. Semua usul dan cadangan ini akan menjadi asas bagi NPC ke-12 untuk menyelidik dan menyelesaikan masalah-masalah yang berkait dengan wanita.

Misalnya pada tahun 2010, Jawatankuasa Tetap NPC buat kali pertama menetapkan peraturan mengenai gangguan seksual, penculikan dan pemerdagangan wanita dan kanak-kanak. Penggubalan undang-undang antikeganasan rumah tangga telah tersenarai dalam agenda kerja perundangan Jawatankuasa Tetap NPC Ke-12 tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China