Kerajaan China tidak mempunyai strategi untuk memandu pelaburan syarikat di luar negara. Syarikat China membuat pelaburan berdasaran keuntungan sendiri. Demikian dinyatakan oleh Menteri Perdagangan China, Chen Deming dalam sidang akhbar Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 hari ini.
Menurut beliua, pelaburan luar China meningkat dengan pesat dan telah mencatat USD77.2 bilion, dan trend peningkatan ini dikekalkan. Ini menjadikan China negara pelabur kelima terbesar di dunia.
Baru-baru ini, beberapa syarikat sedang mengambilalih syarikat AS, beliau berharap pemeriksaan keselamatan AS terhadap pengambilalihan syarikat China itu lebih terbuka dan membatalkan beberapa peraturan yang bersifat diskriminasi.
Beliau juga mengkritik ahli parlimen di beberapa negara maju yang memandang syarikat China yang memasuki pasaran antarabangsa dengan mengambil fikiran perang dingin.
Chen Deming menyatakan, lebihan dagangan China pernah mencapai tahap tertinggi, iaitu menduduki 6% daripada KDNK. Bagaimanapun, peratusan ini dikekalkan pada 3% yang agak munasabah menurut standard antarabangsa pada beberapa tahun kebalakangan ini.








