Pemimpin parti dan negara China termasuk Xi Jinping, Zhang Dejiang, Liu Yunshan dan Zhang Gaoli semalam masing-masing telah menghadiri perbincangan dengan perwakilan dari beberapa pronvinsi sempena berlangsungnya Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 di Beijing.

Ketika menghadiri perbincangan dengan perwakilan dari provinsi Jiangsu, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat merangkap Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping telah menyatakan China perlu terus meningkatkan penyusunan semula struktur industri dan membina sistem baharu pembangunan kontemporari. Di samping itu, beliau juga menegaskan pembinaan ekologi perlu ditingkatkan lagi demi pembinaan "China yang indah".
Anggota Biro Politik merangkap Naib Perdana Menteri China, Zhang Dejiang ketika menghadiri perbincangan perwakilan provinsi Guangdong menyatakan provinsi itu perlu terus memajukan pelaksanaan pembaharuan dan pintu terbuka.
Anggota Biro Politik, Liu Yunshan ketika menghadiri perbincangan perwakilan provinsi Qinghai telah menyatakan pembaharuan merupakan lokomotif bagi kemajuan dan kemakmuran budaya. Selain itu, kerajaan dikehendaki mengambil kira hidup rakyat dari segi rohani, dan berusaha memenuhi keperluan mereka melalui pembinaan kebudayaan di peringkat akar umbi.








