Menteri Luar China, Yang Jiechi dalam sidang akhbar Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) yang diadakan hari ini telah menjawab pertanyaan wartawan tentang dasar dan hungan luar China.
Menurutnya, dalam tempoh lima tahun yang lalu, situasi dunia mengalami perubahan yang paling mendalam setelah Perang Dingin. China sama sekali tidak berganjak daripada memelihara kedaulatan negara, keselamatan dan pembangunan serta meningkatkan kerjasama dan pertukaran dengan pelbagai negara. China telah memberi sumbangan bagi kedamaian dan pembangunan dunia, dan akan terus mempertahankan pembangunan secara damai dan menyertai hal ehwal antarabangsa secara aktif.
Ketika menyentuh tentang hubungan antara China dengan AS, Yang Jiechi berkata, pihaknya mengalu-alukan AS memainkan peranan yang bersifat membina di rantau Asia-Pasifik. Tetapi AS perlu menghormati kepentingan dan keprihatinan China.
Yang menegaskan lagi, gugusan Pulau Diaoyu merupakan wilayah China sejak zaman dahulu. Hubungan antara China dengan Jepun yang sihat dan stabil bersesuaian dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara.








