Menurut cadangan pembaharuan dan pengubahsuaian fungsi sistem Dewan Negara yang dikemukakan kepada sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12, mengubahsuai fungsi kerajaan merupakan kunci bagi memperdalam pembaharuan sistem pentadbiran. Menangani secara baik hubungan antara kerajaan dengan pasaran, kerajaan dengan sektor swasta serta kerajaan pusat dengan kerajaan tempatan, merupakan tiga intisari yang paling diutamakan sepanjang pengubahsuaian fungsi badan Dewan Negara.
Langkah-langkah yang dikemukakan dalam cadangan tersebut melibatkan enam aspek termasuk sektor swasta patut diberi peranan yang lebih besar dalam hal ehwal pengendalian sosial, menggalakkan pertubuhan industri melepaskan diri dari terikat pada badan kerajaan, membaiki dan meningkatkan kawalan makro, meningkatkan pembangunan sistem, menjalankan pentadbiran di sisi undang-undang dan sebagainya.