Cari:
Program Pembaharuan Jabatan Dewan Negara Utamakan Peranan Masyarakat
2013-03-11 15:36:03 CRI Cetak

Program Pembaharuan Jabatan Dewan Negara dan Perubahan Fungsinya kali ini mengutamakan perubahan fungsi pelbagai jabatan Dewan Negara, serta menggalakkan peranan masyarakat dalam urus tadbir negara.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Suruhanjaya Pembaharuan Sektor Awam Negara (SCOPSR), Wang Feng berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita mengenai "Rancangan Pembaharuan Jabatan Dewan Negara dan Perubahan Fungsinya" dalam sidang akhbar Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12 pagi tadi.

Menurut beliau lagi, program itu bertujuan untuk meningkatkan pentadbiran makro kerajaan bagi melaksanakan penyelarasan ekonomi, menyelia pasaran, menguruskan hal ehwal awam dan menyediakan perkhidmatan awam yang lebih baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China