Cari:
China Siasat 30 Pegawai Berpangkat Menteri dan Gabenor
2013-03-11 15:44:35 CRI Cetak

Dalam tempoh lima tahun yang lalu, jabatan pendakwa raya China menyiasat kira-kira 220 ribu orang pegawai yang terlibat dalam kira-kira 166 ribu kes penyalahgunaan kuasa, termasuk 30 orang pegawai berpangkat menteri dan gabenor.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pendakwa Raya Jabatan Pendakwa Rakyat Tertinggi China, Cao Jianming ketika membentangkan laporan kerja dalam sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12 hari ini.

Menurut beliau, jabatan pendakwa raya China akan meningkatkan penyiasatan dan pencegahan terhadap penyalahgunaan kuasa yang menjejaskan kepentingan rakyat, menyempurnakan sistem penyiasatan dan pengurusan kes rasuah, serta menggalakkan pembangunan perundangan antirasuah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China