Cari:
China Lancar Pembaharuan Institusi Kerajaan Besar-besaran
2013-03-11 14:10:40 CRI Cetak

Pelan pembaharuan institusi dan transformasi fungsi Dewan Negara telah menarik perhatian ramai sebaik sahaja ia diumumkan semalam. Ini menandakan pembaharuan institusi kerajaan secara besar-besaran kali ketujuh di China sudah bermula. Menurut pelan tersebut, jumlah kementerian di bawah Dewan Negara akan dikurangkan daripada 27 buah kepada 25 buah, sementara itu beberapa jabatan dan agensi akan turut disusun semula.

Ahli Dewan Negara, Ma Kai dalam sidang pleno sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 di Beijing semalam, menyifatkan transformasi fungsi kerajaan sebagai kunci bagi memperincikan pembaharuan sistem pentadbiran. Beliau mengakui masih terdapat banyak masalah dalam sistem pentadbiran yang dilaksanakan sekarang. Beliau berkata,

"Sistem pentadbiran yang sedia ada masih mempunyai banyak kelemahan yang tidak selaras dengan keperluan situasi dan tugas semasa. Oleh itu, kecekapan pentadbiran kerajaan masih tidak memuaskan."

Menurut pelan itu, Jabatan Pentadbiran Am Makanan dan Ubat-ubatan Negara yang dicadangkan untuk ditubuhkan, bertanggungjawab mengawasi keselamatan makanan dan ubat-ubatan dalam proses penghasilan, pengedaran dan penggunaan. Berkaitan dengan hal ini, Ma Kai menyatakan,

"Setelah pembaharuan berkenaan dilaksanakan, badan-badan yang terlibat perlu membaharui gagasan dan kaedah pengurusan, melaksanakan sepenuhnya mekanisme pasaran, membina disiplin diri dalam sektor-sektor berkaitan, dan meletakkan tanggungjawab menjamin keselamatan bahan makanan dan ubat-ubatan pada pihak pengeluar dan pengendali."

Ini merupakan pembaharuan besar-besaran kali ketujuh terhadap institusi Dewan Negara sejak tahun 1982.

Pelan pembaharuan tersebut sedang dibahaskan oleh sidang pertama NPC ke-12. Jika diluluskan, ia bakal menjadi langkah pembaharuan yang penting dan berprofil tinggi bagi permulaan kerja kerajaan penggal baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China