Cari:
China Hargai Sikap Positif AS
2013-03-13 15:40:48 CRI Cetak
China menghargai sikap positif AS terhadap pembangunan negara China yang aman dan makmur, dan bersedia bekerjasama dengan negara itu untuk mencari jalan mengembangkan hubungan baharu antara kuasa-kuasa besar.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying semalam berkaitan kenyataan Penolong Presiden bagi Hal-Ehwal Keselamatan Negara AS, Thomas Donilon tentang pembangunan China.

Ketika mengulas tumpuan AS terhadap keselamatan internet, Hua menjelaskan bahawa China merupakan salah sebuah negara yang menerima serangan internet paling teruk di dunia.

Menurut beliau lagi, ruang internet memerlukan peraturan dan kerjasama. Oleh itu, China bersedia mengadakan dialog dan kerjasama yang membina dengan masyarakat antarabangsa berdasarkan prinsip saling menghormati dan mempercayai bagi mewujudkan jaringan internet yang "aman, selamat, terbuka dan bersifat bekerjasama".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China