Cari:
Imron Cotan: Persidangan NPC dan CPPCC Beri Manfaat kepada Rakyat China
2013-03-14 15:56:48 CRI Cetak

Duta Besar Indonesia ke China, Imron Cotan berkata, persidangan tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) dan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) tahun ini akan memberi manfaat besar kepada rakyat China.

Beliau berkata demikian ketika menerima anugerah Profesor Kehormat oleh Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) semalam.

Beliau berkata, beliau telah mendengar laporan kerja kerajaan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Wen Jiabao. Menurutnya, pertumbuhan ekonomi yang pesat di China pada beberapa tahun lalu turut memberi manfaat kepada rakyat Indonesia serta merangsang perkembangan ekonomi di negara itu, serantau malah seluruh dunia.

Ketika menyentuh situasi di Laut China Selatan, beliau menyeru pelbagai negara anggota ASEAN mengadakan rundingan dengan China secepat mungkin untuk menetapkan peraturan bagi mengelakkan situasi yang tegang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China