Cari:
Xi Jinping, Putin Setuju Tingkatkan Hubungan China-Rusia
2013-03-15 10:59:12 CRI Cetak

China dan Rusia akan mempertingkatkan hubungan dua hala.

Demikian persetujuan oleh Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin dalam perbualan melalui telefon petang semalam.

Putin mengucapkan tahniah kepada Xi atas pelantikan beliau sebagai Presiden China. Putin berkata, hubungan Rusia dengan China merupakan tenaga penting untuk menjamin kestabilan dan keamanan dunia. Rusia menanti-nantikan lawatan rasmi Presiden Xi dengan sikap yang positif. Beliau yakin lawatan kali ini akan mendorong kerjasama dan pertukaran budaya kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan dua hala.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Putin, Xi berkata panggilan telefon daripada Putin selepas pemilihan Presiden China yang baharu mencerminkan Presiden Putin mementingkan hubungan dengan China dan juga persahabatan rakyat kedua-dua negara. Beliau juga mementingkan hubungan rakan strategik dengan Rusia. China bersedia meningkatkan hubungan dengan Rusia berikutan hubungan dengan negara tersebut menjadi keutamaan bagi dasar hubungan luar China.

Presiden Xi menambah, beliau menanti-nantikan pertemuan dengan Presiden Putin di Rusia dan akan membincangkan isu antarabangsa dan usaha meningkatkan kerjasama dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China