Cari:
Tindakan Baharu Atasi Pencemaran Udara
2013-03-16 14:47:51 CRI Cetak

China akan mengambil pelbagai langkah baharu untuk menangani masalah pencemaran udara terutamanya di beberapa tempat pencemaran udara teruk, termasuk Beijing, Tianjin, Hebei, kawasan Delta Sungai Mutiara dan kawasan Delta Sungai Yangtze.

Demikian dinyatakan oleh Naib Menteri Perlindungan Alam Sekitar China, Wu Xiaoqing dalam sidang media Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 semalam.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan penggunaan batu arang akan dikawal di kawasan pencemaran teruk.

Selain itu, jbatan yang bertanggungjawab akan mendorong pemindaan undang-undang pencegahan dan pengawalan pencemaran udara, mendorong pelaksanaan tugas berkenaan bagi kerajaan pelbagai peringkat dan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dalam sektor perlindungan alam sekitar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China