Cari:
Tingkatkan Hubungan demi Manfaat Bersama China-India
2013-03-16 15:00:32 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang telah bertukar-tukar pandangan dengan rakan sejawatnya dari India, Manmohan Singh tentang hubungan dua hala melalui telefon semalam.

Kenyataan Singh didahului dengan ucapan tahniah kepada Li Keqiang yang dilantik sebagai Perdana Menteri Dewan Negara China. Beliau berkata, hubungan India-China berkembang menyeluruh dalam tempoh beberapa tahun yang lalu. Kerajasama dan interaksi pelbagai bidang telah mencapai kemajuan baharu. Menurut beliau, pemimpin India bersedia berusaha bersama-sama dengan pucuk pimpinan baharu China untuk terus mendorong perkembangan hubungan kedua-dua negara ini.

Li Keqiang pula menyatakan China dan India merupakan dua buah negara membangun yang terbesar di dunia dan bersama-sama berada di rantau Asia. Oleh itu, China dan India seharusnya meneroka kerjasama yang lebih meluas demi kepentingan bersama. Beliau menegaskan bahawa China sentiasa mementingkan hubungan dengan India dan bersedia memperkukuh hubungan rakan kerjasama strategik dengan negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China