Beberapa media asing baru-baru ini memberikan perhatian tentang Xi Jinping dan Li Keqiang yang masing-masing dipilih sebagai presiden dan perdana menteri baharu China. Menurut ulasan media berkenaan, pemimpin baharu China tetap menghadapi cabaran untuk memelihara pertumbuhan ekonomi yang pesat dan mengurangkan jurang perbezaan antara bandar dengan luar bandar.
Menurut New York Times, Presiden Xi telah menunjukkan imej yang sederhana dan lebih mesra. Diharapkan kerajaan baharu lebih bersih, berefisien dan mesra rakyat.
BBC mengulas bahawa mendorong transformasi model pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kadar pertumbuhan yang agak tinggi serta mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara bandar dengan desa merupakan tugas yang mendesak bagi Perdana Menteri Li.