Sidang presidium ke-8 Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 diadakan di Dewan Besar Rakyat, Beijing padi tadi.
Pengerusi presidium, Zhang Dejiang mempengerusikan sidang yang disertai oleh 174 orang anggota tersebut.
Pelbagai delegasi telah mengadakan perbincangan petang semalam dan pagi tadi dan bersetuju tentang pencalonan Naib Perdana Menteri, anggota Dewan Negara, menteri-menteri, pengerusi pelbagai suruhanjaya, presiden Bank Rakyat China, dan lain-lain. Presidium menyerahkan senarai tersebut kepada sidang pleno NPC untuk dibahaskan.
Setelah mengadakan pengundian, Presidium memutuskan untuk menyerahkan enam rang resolusi termasuk laporan kerja kerajaan 2012 dan rancangan pembangunan sosioekonomi 2013 kepada sidang pleno untuk dibahaskan.