Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 berakhir di Beijing pagi tadi. Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan penting dalam upacara penutup tersebut.
Selain itu, laporan kerja kerajaan, laporan kerja Jawatankuasa Tetap NPC, laporan belanjawan 2013 dan laporan kerja Jabatan Pendakwa Raya Rakyat Tertinggi telah diluluskan dalam persidangan tersebut.