Cari:
Li Keqiang: Berazam Ubahsuai Fungsi Kerajaan
2013-03-17 12:44:35 CRI Cetak

Perdana Menteri baharu China, Li Keqiang dalam sidang akhbar Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-12 hari ini berkata, kerajaan berazam untuk mengubahsuai fungsi kerajaan.

Menurutnya, mengubahsuai fungsi kerajaan merupakan teras dalam rancangan pembaharuan badan kerajaan kali ini. Langkah tersebut demi menyelaraskan hubungan antara pihak berkuasa, pasaran dan masyarakat.

Prosedur pemeriksaan dan kelulusan yang amat rumit telah menjejaskan keefisienan dan imej kerajaan. Membaharui sistem tersebut merupakan langkah pertama untuk mengubahsuai fungsi kerajaan.

Menurut Li, kerajaan baharu akan membatalkan lebih satu pertiga daripada 1700 perkara pemeriksaan dan kelulusan jabatan kerajaan dalam tempoh lima tahun yang akan datang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China