Persidangan pertama Kongres Kebangsaan China (NPC) ke-12 berakhir dengan jayanya di Beijing semalam. Akhbar Renminribao hari ini menerbitkan rencana yang bertajuk "Membuka Laluan Baharu Merealisasikan Impian China" sebagai penghargaan terhadap kejayaan persidangan tersebut.
Menurut rencana tersebut, laporan kerja kerajaan yang dibentangkan dalam persidangan tersebut merupakan kesimpulan terhadap pencapaian cemerlang dan pengalaman berharga pelbagai usaha pembangunan negara dalam tempoh lima tahun yang lalu, dan menyusun tugas utama kerajaan dalam suatu tempoh akan datang. Selain itu, pucuk pimpinan baharu negara telah dipilih dan dilantik berdasarkan undang-undang dalam persidangan kali ini.
Rencana tersebut menyifatkan "impian China" sebagai suara hati rakyat pelbagai etnik di China. Menurut rencana tersebut, China perlu terus menyempurnakan sistem undang-undang sosialis yang bercirikan China serta sistem sekatan dan kawal selia terhadap penggunaan kuasa.