Cari:
Penggantian Pemimpin China Selesai dengan Lancar
2013-03-18 14:46:47 CRI Cetak

Persidangan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) dan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) berakhir semalam. Para pemimpin kerajaan baharu termasuk Presiden, Perdana Menteri, Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC serta pemimpin CPPCC telah dipilih.

Pengarah Penyelidikan Pusat China John Thornton, Institut Brookings A.S., Cheng Li menganggap bahawa pemilihan pegawai-pegawai kerajaan tersebut merupakan langkah yang seterusnya selepas kumpulan pemimpin baharu Jawatankuasa Tetap Parti Komunis China (PKC) dibentuk dalam Kongres Kebangsaan ke-18 PKC. Peralihan kuasa pentadbiran di China yang paling menarik perhatian umum dalam sedekad lalu telah diselesaikan secara lancar.

Penganalisis berpendapat bahawa pucuk pimpinan baharu China amat berkebolehan, dan mereka akan memimpin 1.3 bilion rakyat China untuk meneruskan usaha pembangunan semula bangsa China. BBC dalam laporannya menganggap bahawa kumpulan pemimpin baharu itu akan menggariskan hala tuju perkembangan China dalam sedekad akan datang.

Pemimpin-pemimpin yang baharu dipilih ini, kebanyakanya dilahirkan pada tahun 1950an hingga 1960an. Mereka muda, bijak dan berpengalaman, bahkan sebilangan besar daripada mereka pernah berkhidmat untuk jabatan penggubal undang-undang, pentadbiran dan kehakiman. Ini menjadikan mereka pengendali yang cekap mengatur langkah untuk merealisasikan "impian China".

Wakil NPC yang juga Pengarah Jabatan Undang-Undang Sivil, Institut Pengajian Ilmu Undang-undang Akademi Sains Sosial China, Sun Xianzhong menganggap bahawa oleh sebab para pemimpin baharu semuanya pernah bekhidmat di kalangan akar umbi, mereka mengetahui situasi sebenar China, memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakyat dan mengetahui dengan jelas jalan pembangunan negara. Terutamanya sejak Kongres Kebangsaan ke-18 PKC diadakan hingga persidangan tahunan NPC dan CPPCC yang baru ditutup itu, kumpulan pemimpin baharu dianggap oleh kalangan rakyat sebagai mementingkan langkah-langkah yang efisien, malah tindakan yang diambil oleh mereka lebih berkesan. Mereka bukan sahaja mewarisi tradisi yang baik, bahkan juga mengutamakan inovasi. Ini menggambarkan gaya pemikiran dan pentadbiran mereka yang baharu.

Menurut Cheng Li, penggantian pemimpin kerajaan kali ini menandakan PKC telah berjaya meneroka dan memperbaiki mekanisme peralihan kuasa pemimpin parti dan kerajaan sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Penggantian pucuk pimpinan dijalankan dengan semakin kemas menurut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Ini amat penting bagi menjamin perkembangan parti dan negara dalam jangka masa yang panjang, serta pembangunan secara teratur.

Menurut Perlembagaan Tahun 1982 yang dilaksanakan di China sekarang, tempoh perkhidmatan Pengerusi dan Naib Pengerusi Jawantakuasa Tetap NPC, Presiden dan Naib Presiden, Perdana Menteri dan Naib Perdana Menteri serta ahli Dewan Negara tidak boleh melebihi dua penggal berturut-turut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China