Hubungan ekonomi China-AS perlu berdasarkan kerjasama yang saling menghormati untuk merealisasikan sasaran pembangunan yang menang-menang.
Demikian tegasnya oleh Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui wakil khas Presiden AS yang juga Setiausaha Perbendaharaan, Jacob Lew di Beijing hari ini.
Menurut Xi, Jacob Lew mewakili Presiden Barack Obama melawat China, mencerminkan presiden AS amat mengambil kira perkembangan hubungan dengan China. China bersedia bersama-sama AS untuk membangunkan hubungan rakan kerjasama bilateral. Selain itu, Xi juga berharap kedua-dua pihak dapat meneruskan komunikasi tentang mekanisme dialog strategi dan ekonomi China-AS untuk meningkatkan penyelarasan penggubalan dasar ekonomi makro dan kerjasama dalam rangka pelbagai hala termasuk Kumpulan 20 (G20) dan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), supaya mendorong pembaharuan pengendalian ekonomi global serta membangunkan ekonomi dunia ke arah yang yang kuat, berterusan dan seimbang.
Jacob Lew menyatakan, Presiden Brack Obama komited meningkatkan kerjasama AS-China secara berterusan. Sebagai dua entiti ekonomi yang besar di dunia, AS dan China memikul tanggungjawab yang penting untuk mendorong pertumbuhan baik ekonomi domestik, mahupun ekonomi global. AS bersedia terus meningkatkan pertukaran antara pegawai kanan kedua-dua negara, dan menangani perselisihan melalui persaingan yang sihat. AS memberi perhatian kepada isu-isu berkaitan pelaburan perusahaan China ke AS, produk teknologi tinggi yang dieksport AS ke China dan pengiktirafan kedudukan ekonomi pasaran China, dan pihaknya bersedia mendorong penyelesaian isu-isu tersebut.
Selain itu, Presiden Xi telah menghuraikan pendirian dan prinsip China mengenai beberapa fokus lain seperti situasi di Semenanjung Korea, dan keselamatan siber.