Cari:
Xi Jinping Tegaskan Pembangunan secara Damai
2013-03-20 11:24:21 CRI Cetak

Menjelang lawatan ke Rusia, Tanzania, Afrika Selatan dan Republik Congo serta Pertemuan Pemimpin BRICS ke-5 yang akan diadakan di Afrika Selatan, Presiden China, Xi Jinping telah menerima wawancara bersama media China dan asing di Beijing semalam. Dalam wawancara tersebut, Xi telah menerangkan pendirian China dalam hubungan dengan luar, kerjasama antara negara anggota BRICS, dan pelaksanaan dasar pembaharuan serta pintu terbuka di negara ini.

Mengenai hubungan China dengan Rusia, Xi Jinping menyatakan China-Rusia saling merupakan rakan kerjasama strategik utama yang paling penting. Oleh itu, kedua-dua negara perlu terus meningkatkan kepercayaan politik antara satu sama lain di samping mempereratkan penyelarasan dalam isu serantau dan antarabangsa.

Ketika ditanya tentang hubungan China dengan negara Afrika, Xi Jinping menegaskan bahawa China dan negara Afrika merupakan negara membangun yang mempunyai kepentingan bersama. Kerjasama China-Afrika dijalankan dengan menyeluruh dan saling menguntungkan. Beliau berkata, China akan terus menyokong dan menggalakkan keamanan, kestabilan, kemakmuran dan pembangunan diwujudkan di negara-negara Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China