Bintang bola sepak Britain, David Beckham yang diupah sebagai Duta Imej Liga Super China tiba di Beijing pagi tadi dengan iringan Isterinya, Victoria Caroline Beckham. Beckham akan menghadiri siri aktiviti promosi bola sepak di negara ini pada beberapa hari yang akan datang.
Beckham berkata, semua orang di dunia terkagum dengan emosi yang dibawa oleh bola sepak, acara sukan yang sungguh popular ini. Beliau merasa gembira menjadi Duta Imej yang pertama dalam sejarah Liga Super Bola Sepak China, dengan tugas membantu membangunkan sektor bola sepak negara ini.