Presiden China, Xi Jinping sudah tiba di Moscow, Rusia hari ini dan memulakan lawatan rasminya di negara tersebut.
Rusia merupakan negara pertama yang dilawat oleh Xi Jinping selepas beliau menjawat jawatan Presiden China.
Dalam tempoh lawatan beliau, Xi akan bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, dan mengeluarkan kenyataan bersama untuk menetapkan arahan perkembangan hubungan bilateral dan bidang-bidang kerjasama yang penting pada masa depan
Selain itu, kedua-dua pemimpin juga akan membentangkan pendirian dan saranan Rusia dan China dalam isu-isu serantau dan antarabangsa yang penting, mengesahkan Garis Panduan Pelaksanaan Perjanjian Kerjasama Persahabatan dan Semangat Kejiranan China-Rusia 2013-2016, serta bersama-sama menghadiri upacara perasmian "Tahun Pelancongan China" Rusia.