Cari:
Hubungan China-Afrika Selatan Menjadi Hubungan Dua Hala Paling Berdinamik
2013-03-24 15:17:31 CRI Cetak

Hubungan China-Afrika Selatan telah menjadi hubungan bilateral yang berkembang paling pesat, paling berdinamik dan paling penting bagi kedua-dua pihak. Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke Afrika Selatan, Tian Xuejun menjelang lawatan Presiden Xi Jinping ke negara itu.

Beliau menegaskan,sempena menyambut ulang tahun ke-15 terjalinnya hubungan diplomatik China-Afrika Selatan, Presiden China Xi Jinping akan melawat ke Afrika Selatan dan menghadiri Pertemuan Pemimpin Negara BRICS ke-5 di Durban.

Menurut statistik terkini kastam China, jumlah perdagangan kedua-dua negara telah mencapai kira-kira USD 60 bilion pada tahun 2012 dan meningkat 40 kali ganda berbanding dengan tahun 1997. China merupakan rakan dagang terbesar bagi Afrika Selatan dan Afrika Selatan merupakan rakan dagang terbesar bagi China di benua itu. Selain itu, Afrika Selatan menjadi negara Afrika yang mempunyai bandaraya kembar paling banyak dengan China, Akademi Konfusius paling banyak, dan juga menarik paling ramai pelancong dan pelajar China.

Tian Xuejun menyatakan, taraf pembangunan China mirip dengan Afrika Selatan, kedua-dua negara mempunyai sasaran dan strategik pembangunan yang sama, selain mempunyai kepentingan sama yang meluas dalam bidang mengekalkan kedamaian, menggalakkan kerjasama dan meningkatkan pembangunan. Kedua-dua negara sama-sama akan mengendalikan hubungan bilateral ini dengan pandangan yang jauh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China