Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Rusia, Alexander Medvedev di Moscow semalam.
Xi menegaskan, China dan Rusia perlu merapatkan kerjasama untuk menghadapi impak krisis kewangan antarabangsa. Kedua-dua pihak perlu meningkatkan penyelarasan, mempercepat pelaksanaan perjanjian kerjasama sumber tenaga yang melibatkan gas asli, minyak, elektrik nuklear dan arang batu, menggariskan rancangan kerjasama bilateral dalam bidang teknologi tinggi, penerbangan angkasa lepas, pembinaan infrastruktur trans-sempadan, dan meningkatkan pelaburan antara satu sama lain. Beliau yakin, hubungan ekonomi dan perdagangan China-Rusia akan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi dengan usaha kedua-dua pihak.
Medvedev menyatakan, lawatan Presiden Xi yang mencapai hasil yang kaya kali ini nescaya akan memperkasakan kerajsama strategik Rusia-China, dan akan menyuntikkan semangat baharu ke dalam perkembangan hubungan bilateral dalam jangka masa yang panjang. Rusia akan berusaha dengan China untuk memainkan peranan mekanisme pertemuan berkala Perdana Menteri kedua-dua negara, mengekalkan kata sepakat dan melaksanakan perjanjian penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, mendorong pertumbuhan perdagangan bilateral, meningkatkan kerjasama industri, serta memajukan keupayaan ekonomi masing-masing.
Tambah beliau, kini, situasi ekonomi dunia masih rumit, Rusia dan China perlu merapatkan penyelarasan dalam rangka dua hala dan pelbagai hala, menggalakkan pembaharuan sistem kewangan dan antarabangsa dan sistem monetari antarabangsa untuk mendorong ekonomi dunia berkembang dengan stabil dan mampan.