China dan Rusia perlu memantapkan kerjasama untuk menghadapi perubahan arkitekur dunia yang rumit.
Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika bertemu dengan Pengerusi Duma Rusia, Sergei Naryshkin di Moscow semalam.
Menurut Xi, pihaknya sudah mencapai persepakatan yang meluas dengan Presiden Vladimir Putin tentang kerjasama bilateral. Beliau yakin, Duma Rusia akan giat menyokong dan mendorong kerjasama kedua-dua negara, serta menyediakan jaminan penggubalan undang-undang yang kuat.
Xi menambah, Parti Komunis China sudah membentuk mekanisme komunikasi dengan pelbagai golongan parti Duma Rusia. China bersedia terus meningkatkan pertukaran dengan parti-parti Rusia tersebut.
Naryshkin menyatakan, Rusia amat memberi perhatian kepada hubungan rakan kerjasama strategik yang menyeluruh dengan China. Lawatan Xi kali ini akan mengukuhkan asas hubungan bilateral. Pelbagai parti Duma Rusia berkomited mengekalkan kerjasama Rusia-China, dan berharap terus meningkatkan pertukaran persahabatan antara agensi penggubalan undang-undang dan parti politik kedua-dua negara.