Cari:
Kerjasama China-Afrika akan Ditingkatkan
2013-03-26 14:54:59 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping yang membuat lawatan rasmi di Tanzania menyampaikan ucapan yang bertajuk "Menjadi Sahabat Sejati dan Rakan yang Ikhlas Selama-lamanya". Dalam ucapan tersebut, Xi menegaskan bahawa China dan Afrika mempunyai pengalaman sejarah, tugas pembangunan dan kepentingan strategik yang sama. Dalam keadaan dunia yang baharu, China akan terus memperkasakan kerjasama dengan Afrika.

Sebelum beliau memulakan ucapannya, Xi Jinping menyampaikan salam kepada para pendengar dalam bahasa Swahili. Dalam ucapannya, beliau mengimbas kembali sejarah persahabatan China dengan Afrika. Beliau berkata,

"China dan Afrika berkongsi nasib dan disatukan melalui pengalaman sejarah, tugas pembangunan dan kepentingan strategik yang sama. Kami tidak akan memaksa harapan kami ke atas anda, dan anda juga tidak akan membuat seperti ini. Kita mempunyai pendirian yang jelas dalam isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan asas satu sama lain. Dalam semua langkah yang penting untuk membangunkan hubungan China dengan Afrika, kedua-dua pihak dapat bekerjasama dan mencari kaedah yang baharu untuk mendorong kerjasama tersebut."

Beliau berkata, setakat ini Afrika sudah menjadi salah satu kawasan yang paling cepat membangunkan ekonominya di dunia, di samping China juga mengekalkan momentum pembangunannya dengan baik. Hubungan China dengan Afrika kini berada pada titik permulaan yang bersejarah dan baharu. Tambah beliau, China akan membangunkan hubungan dengan Afrika dengan sikap yang "setia, jujur, mesra dan ikhlas". Tegasnya, China akan merapatkan lagi hubungan dengan Afrika dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah sambil memegang semangat saling menghormati, saling menguntungkan dan menang-menang.

Menurutnya,

"China akan terus meningkatkan kerjasama pelaburan dengan Afrika dan mewujudkan komitmen pinjaman sebanyak USD 20 bilion dalam tempoh 3 tahun. China juga akan meningkatkan kerjasama yang saling menguntungkan dalam bidang pertanian dan industri perkilangan bagi membantu Afrika mengubah kelebihan sumber yang mereka miliki kepada kelebihan pembangunan demi merealisasikan pembangunan yang berdikari dan lestari. China akan melatih 30 ribu orang profesional untuk Afrika dalam tempoh 3 tahun yang akan datang dan menyediakan 18 ribu peluang biasiswa kepada kawasan tersebut. China akan terus memberikan bantuan tanpa syarat politik kepada Afrika untuk membangunkan kawasan tersebut."

Xi berharap hubungan negara-negara yang lain dengan negara-negara Afrika semakin baik. Namun, Afrika tetap milik rakyat Afrika, maka maruah dan kedaulatan Afrika patut dihormati mana-mana negara yang ingin mengembangkan hubungan dengan benua tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China