Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri sidang tahunan Forum Asia Boao 2013 dan menyampaikan ucapan. Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam.
Pemimpin pelbagai negara asing dan wakil pertubuhan antarabangsa turut diundang menghadiri sidang tahunan tersebut.