Cari:
Pertemuan Pemimpin Negara BRICS Ke-5 Diadakan di Durban
2013-03-28 14:12:02 CRI Cetak

Pertemuan Pemimpin Negara BRICS Ke-5 diadakan di Durban, Afrika Selatan semalam. Kelima-lima negara berjaya menandatangani siri perjanjian kerjasama, termasuk "Perjanjian Kerjasama Multilateral bagi Pembangunan Berterusan dan Pengumpulan Dana Bersama BRICS", "Perjanjian Pengumpulan Dana Infrastruktur Bersama BRICS-Afrika" serta "Deklarasi Penubuhan Majlis Industri dan Perniagaan BRICS". Pemimpin-pemimpin BRICS juga mencapai kata sepakat mengenai penubuhan Bank Pembangunan BRICS dan membentuk rizab kecemasan BRICS.

Tema pertemuan kali ini ialah "perkongsian yang komited kepada pembangunan, integrasi dan pengindustrian". Presiden China, Xi Jinping telah menyampaikan ucapan yang bertajuk" Bekerjasama untuk Pembangunan Bersama".

"Menurut pepatah China, orang yang berkongsi keazaman tidak akan terhalang oleh gunung yang tinggi dan lautan yang luas daripada berkumpul bersama. Kami lima negara dari empat benua, tapi berkumpul bersama dengan keazaman untuk mendorong demokrasi dalam hubungan antarabangsa serta kedamaian dan pembangunan tamadun manusia. Menggalakkan kedamaian, pembangunan dan kerjasama yang saling menguntungkan merupakan keazaman dan tanggungjawab bersama kami."

Beliau juga menegaskan, negara BRICS akan terus meningkatkan rasa saling mempercayai politik dan persahabatan antara rakyat, menggalakkan pembangunan pengindustrian, penyebaran maklumat, pembandaran dan pemodenan pertanian, serta meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dalam rangka PBB, G20 dan pertubuhan ekonomi dan kewangan antarabangsa. BRICS menggalakkan program kerjasama Bank Pembangunan BRICS dan rizab mata wang asing dan meningkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang.

Berhubung pembangunan China pada masa depan, Xi khusus menyatakan bahawa negara ini akan terus mengutamakan pembangunan sosioekonomi, politik, budaya dan ekologi.

"Pembangunan ini bersifat terbuka. Kami akan terus mengekalkan dasar pintu terbuka dan strategi yang saling menguntungkan. Kami bersedia mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan pelbagai negara di dunia berdasarkan prinsip sama kedudukan dan saling menguntungkan bagi mendorong pembangunan China bersama-sama pelbagai negara lain. China akan terus meningkatkan kerjasama dengan negara BRICS supaya membawa faedah kepada rakyat pelbagai negara dan memberi sumbangan lebih besar kepada kedamaian dan pembangunan dunia."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China